Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4453

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API. SEKALI SEDUT LICIN SEPERIUK

$
0
0
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API, SEKALI SEDUT LICIN SEPERIUK | Yo lorr, sekali sedut licin seperiuk ko, time nak masak, kemain merungut nak kena sepit bagai, jenuh berdiri depan sinki duk nyepit siput, tapi sekali dah masak, letak semangkuk, tau-tau, noleh licin seperiuk sekali hadap hahaha.

Tu nasib baik sebungkus je, kalau dua tiga bungkus? Mau kematu tapak kaki oi..tapi kan harga siput sedut sekarang mahai kedaung ek, sebungkus je RM12 oii kat KipMart Masai sini. Terkejut gak dengo, ingatkan sebungkus RM8 ke gitu. Kesahnya siput pun naik harga.

Tapi takpelah, tekak nak makan, sendiri makan sendiri le sepitnya. Kalau malas, pergi cari kat Restoran Nasi Padang Pekan Masai sana, situ ada jual Siput Sedut Masak Lemak Cili Api gak, sebab selalu makan gan Suami situ dan Sis akan amik semangkuk.

Suami Sis tak berapa gemar siput sedut ni, entah, kalau ada pun dia jamah-jamah aje sikit. Masak sebungkus tu pun, makan berdua je gan Yana, tu pun Sis banyak ratah dari makan dengan nasi. Ada le juga Suami rasa ratah-ratah sikit, kebetulan tengah meratah, Suami balik dari kerja, so duduk sekali di meja makan sambil borak sambil menyedut hahaha.


Masak paling mudah aje, semua bahan blender terus campak, masuk santan, apa susah. Cuma saja nak bagi rasa tu lain sikit, Sis petik daun limau purut dan masukkan dalam periuk tu, wangi sikit bau dan rasanya.

Mula ingat nak masuk sekali dengan Peria Katak, tapi anak Sis,Yana taknak pulak, katanya takut pahit. Ermmm mana le pahitnya entah..Memang tu je yang ada, serai pun takde, nak pergi kedai malas giler hahahaha...alaaa janji siap masak sudah ler..


Resepi ada, tapi sila rujuk pada gambar aje hahaha. Malas nak taip satu-satu ler, lagipun masak lemak biasa aje, mesti korang pun pandai masak kan. Nak sedap lagi, tambahkan kiub pati ikan bilis, Sis uka nanti rasa dia agak lemak-lemak asin je, so garam ko letak sikit je.

Semua bahan tu Sis belender je, kecuali asam keping dan daun limau purut tu. Tu pun ikut suka korang le nak letakkan. Santan jangan lupa. Sis guna santan Ayam Brand. Pekat gile santannya, sebab tu suka guna santan Ayam Brand.


Oleh kerana tak jadi peria katak tu masuk dalam lemak siput, makanya anak Sis,Yana dia gorengkan masak belacan. Pun sedap, tak pahit pun, sebab dah Sis dah sesiap rendam dalam air garam. Rangup pun yer. Habis semangkuk tu Suami Sis aje ratah..

Dan kebetulan ada beli Ikan Pari dengan jiran belakang rumah, Yana bakar dan siap letak le bawang dan limau. Dia memang tau, kalau Emaknya makan benda bakar, mesti nak ada bawang, lagi-lagi kalau makan Satay, takde bawang, takde feel rasa Satay tu hokay!..hehehehe

Alhamdulilah, masak penuh kasih sayang, begiyulah kejadiannya. Seperiuk licin. Senang nak cuci periuknya kan hehehe..

Okaylah, nanti kita smabung lagi, nak goreng nasi kejap, lewat sarapan harini, sebab tadi lepas Suami pergi kerja, Sis boleh terlelap kejap hahaha adeii, tengok-tengok ehh dan jam 9am..terus bangun dan bancuh kopi dulu dan terus masuk opis (ngadap laptop) hahahaha..

OkBai.


P/S: Teringinnya nak makan cekodok pisang!!..Nak cari pisang, nak cari pisang!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4453

Trending Articles


Sapos para colorear


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)