BACA BUKU DI BOOK-XCESS, KORANG BOLEH LEPAK MEMBACA SAMBIL MINUM KOPI | Bestkan! Ada yang dah tengok posting post bergambar Sis di Facebook Page @akusislin tu? Yaa banyak gambar dah Sis kongsikan di sana, korang kalau tengok mesti teruja. Bukan kata nak membaca buku je, boleh minum kopi dan juga berOOTD.
Mana taknya pertama kali juga Sis melihat satu kedai buku yang nenampilkan lebih sejuta buah buku berkonsepkan ‘The Box of Knowledge’ yang jika di lihat seperti kotak dalam kotak yang sangat unik!. Dari jauh nampak seperti bongkah emas gitu. Sangat menarik perhatian.
Pencinta buku atau ulat buku di selatan tanah air, Johor, kini boleh membeli buku dengan potongan harga antara 50% hingga 80% berbanding harga runcit yang disyorkan di BookXcess Sunway Big Box yang telah dibuka secara rasmi di FF-01, Sunway Big Box, Sunway Iskandar.
Kalau takde diskaun pun, kesemua buku yang di jual pun harganya memang murah sangat ko! Yang selalu pergi Big Bad Wolf mesti tau. Tapi...opsss di sini takde jual buku bahasa melayu ya, harap maklum hehehe.
Para pengunjung yang sampai depan pintu BookXcess Sunway Big Box pasti terpegun melihat kedai buku berkeluasan 32,000 kaki persegi yang turut menampilkan rak buku yang setinggi 7.5 meter. Kedai buku yang serba unik ini dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam.
Rak buku tersebut turut menempatkan Children’s Cave di sebelah bawah iaitu sebuah sudut khas untuk kanak-kanak. Selain buku kanak-kanak, korang juga boleh mendapatkan buku-buku daripada pelbagai genre bila korang naik ke atas seperti sains fiksyen, seram, kesusasteraan, novel remaja, buku-buku perniagaan, resipi masakan, seni dan reka bentuk, buku kanak-kanak serta banyak lagi buku-buku terlaris di kedai buku terbesar di Johor ini.
Juga di bahagian ruang bawah, pun ada pelbagai sudut bacaan buku yang menarik.
Di sini turut menampilkan sudut membaca yang selesa bagi memudahkan untuk korang membaca buku-buku yang disediakan. Selain itu, kalau korang datang dengan kawan-kawan, dan nak lepak-lepak sambil minum kopi, haa korang juga boleh menikmati secawan kopi dan pelbagai jenis jenis pencucui mulut di kafe milik BookXcess, Café Wolf, di dalam kedai buku berkenaan.
Yup korang boleh lepas sambil minum kopi dan makan roti atau kek yang di jual di situ. Terdapat juga meja yang mesra pengguna di mana mejanya di sediakan tempat cas telefon atau laptop di atasnya. So kalau korang nak lepak sana bawa laptop pun boleh.
Di Children’s Cave, ibu bapa yang membawa anak mereka pasti teruja kerana dapat bersama anak mereka membaca buku dengan beraneka pilihan judul menarik dan menyeronokkan untuk kanak-kanak. Eksklusif bagi BookXcess sahaja, ibu bapa yang mempunyai anak kecil juga boleh mendapatkan siri Buku Ajaib yang menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) di kedai buku ini.
Buku Ajaib ini membolehkan kanak-kanak membaca, bermain serta belajar kerana ia menggunakan teknologi AR tercanggih bagi merevolusikan kaedah pembacaan untuk generasi akan datang dan menciptakan satu pengalaman membaca yang serba interaktif lagi mengasyikkan. Yang pasti korang sebagai ibubapa mesti ada apps nya untuk menggunakan AR tu ya.
Selain itu juga, anak-anak boleh menyaksikan watak-watak dalm pelbagai jenis buku bersiri kegemaran mereka seperti Disney Winnie The Pooh: Fun with First Words, ABC Fun with Mickey, Counting Fun with Mickey, Disney Frozen: A Sleepover Party dan banyak lagi.
Promosi pembelian istimewa ini diadakan mulai 27 Februari hingga 31 Mac 2020 untuk siri Buku Ajaib. Di mana korang boleh membeli 2 buah Buku Ajaib dan mendapatkan 1 buah Buku Ajaib secara percuma atau membeli 3 Buku Ajaib bagi mendapatkan 2 Buku Ajaib secara percuma. Woww sangat berbaloi hokay!
Red Readerhood, satu rak buku yang diletak di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) BookXcess ini, percaya bahawa semua orang tanpa mengira status berhak mendapatkan akses kepada ilmu menerusi bacaan. Melalui inisiatif Red Readerhood, buku-buku Bahasa Inggeris yang baharu dikumpul dan didermakan kepada mereka yang kurang bernasib baik menerusi badan-badan kebajikan masyarakat tempatan yang turut sama menyokong usaha ini.
Bagi memulakan usaha ini, BookXcess Sunway Big Box komited untuk menyumbangkan bilangan buku yang sama dengan jumlah bilangan buku yang dijual pada hari pembukaan kedai berkenaan. Para pelanggan boleh memilih buku pilihan mereka di sudut Red Readerhood untuk didermakan.
Sempena promosi pembukaan, korang turut layak untuk menyertai promosi seperti keahlian BookXcess percuma, pembelian judul terpilih pada harga RM1, serta mendapatkan baucar tunai BookXcess bernilai RM20 untuk setiap pembelian berjumlah RM150.
Atau korang kunjungi laman sosial BookXcess untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan pertandingan yang diadakan, sila kunjungi:
Facebook: https://www.facebook.com/BookXcess/
Instagram: @bookxcess
Website: https://www.bookxcess.com/
P/S: Sis dapat juga beli satu buah buku yang sangat Sis suka, tajuknya 'LAUGH' ... :)