Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4444

BILA DAH SIAP GOSOK, NAK PAKAI PUN SENANGKAN

$
0
0
BILA DAH SIAP GOSOK, NAK PAKAI PUN SENANGKAN | Tu diaaa, baju macam orang kerja opis je kan hahahah. Padahal baju pi event je tu kikiki. Bak kata Suami, masih kosong lagi tu, boleh tambah lagi huahuahua. Gitulah kan, kalau jenis cepat jemu dengan sesuatu, yang faham kan faham, terutama Suami Sis, memang sangat faham!

Yaa Sis jenis kuat jemu pakai sesuatu benda, termasuk baju dan juga tudung. Kadang tu kalau korang perasan jarang juga Sis pakai baju yang sama dalm masa seminggu, kalau agak rasa macam asyik-asyik tu je, ermm tau-tau Sis ko dah beli yang baru kekekeke.

Anak-anak pun faham, ada sebahagian baju Sis pun anak yang belikan, sebab mereka dah tau Sis pakai brand baju apa dan size apa, Suami pun sama. Tu yang kadang, kalau kemana-mana nampak je kedai baju tu, Sis selalu masuk, mesti kena 'pau' Suami Sis hahaha, alaa dia pun faham.

Bukan pergi mana pun, kadang selain pakai gi event, Sis pakai gi jalan memana, takkan le beli baju semata gi event kan, melampau benau, besar mana sangat le event ko tu kan hahahaa..padahal event makan tak sudah hahaha..Tapi jenis suka beli baju, haa gitu lerr ..


Dan macam biasa, aktiviti hujung minggu Ahad Sis semalam, sakan ler merayap dengan Suami. Dari pagi membawa ke petang, Kemana lagi, kalau tak aktiviti sarapan pagi, kemudian pergi pusing bandar, then makan tengah hari, lepas Zuhur baru kami balik. Siap sambung kejap aktiviti membuta lepas Zuhur sampai ke Asar hahahaa.

Dan terima kasih juga Suami Sis yang siapkan cekodok ikan bilis buat minum petang semalam sambil Sis mengosok baju. Walaupun minum petangnya lambat, tapi kalau dah air tangan Suami, licin sepinggan.

Sos hati manyak gembira bila dah siap dah semua Sis gosok sekali dengan baju Suami untuk pakai seminggu. Kalau tak gosok sekarang, nanti time tu le nak keluar, time tu baru nak gosok, memang idok le rajinnya, pakai je la mana yang tak renyuk hahaha so better gosok dulu baru lee senang nak pakai.

Yang dalam gambar tu pun tidak le semuanya Sis gosok, ada yang memang dah gosok, dan ada yang baru cuci dan ada juga yang baru beli hahahaha.

Semalam memang keluar berdua aje seharian dengan Suami, anak Sis,Yana kepenatan baru balik dari Kuala Lumpur semalamnya. Dia pergi kawan BFF-nya kawin sebelah pihak lelaki pula. Yaa anak angkat Sis,Nadia yang sebelum ni Sis ada update tu.


Ikutkan mulanya Sis dan Suami nak ikut sekali Sabtu tu, tapi sebab kerja Suami tak boleh nak tinggal, makanya anak-anak aje laa yang pergi. Dapat juga Yana jumpa kakaknya di sana. Bila nengok gambar ni semalam tunjuk kat Suami, boleh plak Suami kata 'rindu plak kat anak-anak', huhuhu..dia tak tau, kita lagi rindu sama anak-anak juga..

Tak sabar tunggu puasa, semua anak-anak akan balik dan kami kumpul bersama.

Benar, kadang Sis cakap kat Suami, belum lagi tua dah tinggal berdua. Bukanlah kata sekarang muda lagi, tapi maksud tua tu, kira macam tua betul tua laa..arggh tak faham sudah! Hahahaha..korang belum rasa perasaan tu, boleh le tersenyum membacanya, nanti dah merasa macam apa Sis rasa, baru korang faham perasaan tu huhuhu.

Eh okaylah, panjang pulak membebelnya hahaha. Menaip ni sambil tunggu lantai kering. Mengemop harini, maklum le kalau orang lelaki buat kerja kat dapur, habis kecah satu dapur berminyak oii adeiii...

Sos nanti sambung lagi ya..Bye


P/S: Harini dapur OFF...lalalalala..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4444