Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422

KORANG PERNAH RASA STRESS TAK SELEPAS BANGUN PAGI?

$
0
0
KORANG PERNAH RASA STRESS TAK SELEPAS BANGUN PAGI? | Pernah rasa macamtu? Bohong kalau takde kan, sikit banyak dalam kehidupan mesti yang ada bangun pagi je dah stress. Sis sendiri pun ada alaminya. Bukannya apa, kekadang tu, bangun tidur je terus benda yang kita tak nak fikir, tiba-tiba eh dia datang, haaa lagi ingat lagi sakit hati, lagi geram, tu yang jadi stress.

Manusia mana yang takde masaalah, walau surirumah macam Sis ni, manusia mana yang tak pernah di sakiti? Walaupun orang nampak kita tersenyum, dan manusia mana aje yang tak pernah rasa sedih, geram dan macam-macam perasaan dalam hati yang di pendam seorang diri tanpa dapat di lepaskan. so mananya kita ni tak stress kan?. 

Bukan Sis tapi rasanya ramai di luar sana macamtu. Even kawan Sis sendiri pun ada ciri-ciri seperti di atas, kadang bila dia cerita pada Sis, terus menangis Sis sama-sama. Sebab mungkin Sis faham akan keadaan dia. Tapi tu laa kita hanya pendengar dan memberi nasihat, yang kena ubah diri dia supaya tak stress, diri dia sendiri.

Sebab tu kadang Sis banyak mendengar keluhan kawan-kawan terhadap masaalah mereka, diri Sis ni jadi di belenggu dek masaalah tu tau. Kadang tiba-tiba bangun pagi stress bila fikir masaalah orang. Macam nak jadi HERO nak selesaikan masaalahnya, tapi fikir balik, aishhhh masaalah aku sendiri pun aku tanggung sendiri huhuhu..

Oleh sebab itulah kekadangnya, bila otak Sis mula fikir je masaalah mereka atau masaalah Sis, cepat-cepat Sis ubah cara berfikir. Terus bayangkan apa nak masak harini, apa nak makan harini, apa nak update blog harini, so masaalah-masaalah yang tadi tengah fikir tu, tiber hilang terus. Terus rasa lega. 

Suami kadang cakap, Sis ni terlebih emosi, banyak sangat fikirlah, fikir bukan-bukanlah, suka bersangka buruklah, tapi hakikatnya apa yang Sis tiba-tiba fikir, apa yang Sis bayangkan, ianya nanti mesti akan jadi kenyataan, bukan suka bersangka buruk yang memain, huhuhu kadang sendiri pun rasa pelik. 

Entahlah, memang stress oi kalau bangun pagi stress. Sampai kadang tu sambung tidur balik lepas Suami pergi kerja, sebab nak lenyapkan apa yang Sis fikir. Aishhh susahnya jadi seketul Sis Lin ni, terlalu banyak fikir hahahaha.

Dan baru-baru ni, Sis ada baca satu buku ni, katanya..selepas solat Subuh, walaupun dah berdoa ketika dan selepas solat, dia kata cubalah baca doa-doa yang membolehkan kita rasa lega katanya. Dan Sis cuba, alhamdulilah, ada le juga rasa 'aman' dalam hati ni. Takde terlalu banyak fikir masaalahnya. 

Korang kalau nak cuba, cubalah, lagi harini hari Jumaat kan, bulan Rejab pulak tu, so perbanyakkan berdoa dan mohon pada Allah moga di tenangkan hati kita, dan dijauhkan segala bencana. Untuk diri kita dan juga untuk semua yang rapat dengan kita.

Jom kita angkat tangan dan berdoa. 



Sebaik-baik hari bagi umat Islam adalah hari Jumaat yang dikenali sebagai ‘Sayyidul Ayyaam’ (Penghulu Hari) yang paling utama dan paling mulia di sisi Allah Ta’ala.

Di dalamnya juga terdapat satu waktu yang mustajab untuk berdoa. Tidaklah seorang hamba yang beriman memunajatkan doa kepada Tuhannya pada waktu itu, kecuali Allah SWT akan mengabulkannya selagi dia tidak meminta yang haram. Oleh itu mari kita ikuti doa ini untuk dijadikan amalan.

Doa Hari Jumaat 

Ya Allah dipagi Jumaat yang mulia  ini berilah kami rahmat Mu Ya  Allah, letakkan kami dalam  perlindungan Mu Ya Allah.

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak kami,  kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah kami memohon Ya Allah,  kurniakanlah kepada kedua ibu bapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah ingatkan kami bahawa rezeki kami tidak akan diambil orang lain, maka tenangkan kami Ya Allah.

Ya Allah ingatkan kami bahawa amal amal kami tidak mungkin dilakukan oleh orang lain, maka perkuatkanlah azam kami untuk beramal Ya Allah.

Ya Allah kuatkan dan sempurnakan iman kami. Ya Allah, terimalah taubat kami

Ya Allah, panjangkan umur kami, kurniakan kami keselamatan dan kesihatan yang baik.

Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar.

Ya Allah berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat dan masukkan kami ke dalam syurga Firdaus Mu Ya Allah.

Ya Allah didiklah diri kami untuk menerima segala kepahitan hidup dengan sabar dan redha kerana setiap kepahitan itu Engkau telah janjikan ganjaran kemanisan yang tidak terperi manisnya.

Ya Allah bimbinglah kami dalam menjaga hati kami, bantulah kami dalam menjaga akhlak kami, pimpinlah kami dalam menjaga lisan dan perbuatan kami dan peliharalah diri kami daripada membeci dan dibenci.

Ya Allah janganlah kami dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan harta benda, pangkat serta pengaruh.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadratMu, berikanlah kami kekuatan, taufiq dan hidayah supaya dapat kami memperbaiki diri kami.

Dorongkanlah kami utk mempertingkatkan keimanan kami, menambah ilmu kami serta amalan baik kami.Sesungguhnya kami adalah kepunyaanMu Ya Allah dan kepada Mu jualah kami kembali.

Masukklah kami dalam golongan orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dan hidayah Mu Ya Allah.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.

Aaamiinn ..


P/S: Harini nak masak Asam Pedas Ikan Bawal Emas, hehehe siapa nak join makan, PM tepi..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422