Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

PESTIME MAKAN MEE ACEH, SEDAP BANGET!

$
0
0
PERTAMA KALI MAKAN MEE ACEH, SEDAP BANGAT! | Mesti korang baca tajuk dan korang ingat Sis makan Mee Aceh tu di Indonesia kan? Ke korang ingat Sis pergi Acheh kan, Hehehe..ye laa tak korang pun, kalau Sis baca pun ingat di Indonesia.

Tak payah sibuk nak ke Indonesia musim-musim virus Covid-19 ni, korang pergi je ke Adda Heights sana, ada satu kedai makan namanya Restoran Acheh. Yaaa Restoran Acheh ni sebenarnya restoran yang menyajikan masakan dan menu asli dari negara Acheh sana.

Yang biasa ke Acheh pasti akan mengenali kesemua menu yang ada dalam buku menu mereka. Kalau Sis kenalnya cuma Nasi Ayam Penyet tu haa hahaha atau sekarang orang panggil Nasi Ayam Geprek. Sebenarnya sama je, Penyet ke Geprek ke, caranya sama, ayam tu di hentaknya sebelum hidang hahahaha.


Ini kali pertama Sis datang makan di sini, dan sebenarnya baru juga tau akan kewujudan Restoran Acheh ni. Nak sampai sini pun senang, guna aje waze, mesti sampai punya. Ternyata restorannya selesa sangat. Senang pun senang nak tuju.

Bab menu memang masa mula nengok tu, agak blur kejap, tak tau nak makan apa. Sebab nama-nama menunya semua Sis tak pernah makan, kecuali nama Lontong, tu pun Lontong Aceh namanya. Fikir gak, agaknya lain kot Lontong Johor dengan Lontong Aceh ni. So apalagi, mesti kena cuba kan.

Yang Sis pegang tu Mee Aceh. Nampak macam Mee Rebus kan, tapi tak sama langsung. Rasa Mee Aceh ni beza sekali dengan menu mee-mee yang Sis makan sebelum ni, memang tak boleh di samakan dengan menu mee yang biasa kita makan. Yaa ternyata beza sangat!

Jap jap, kita bagi zoom sikit...



Taraaa nampak tak betapa sedapnya sekali nengok. Tu baru nengok, belum rasanya hehehe. Yes! Macam biasa, kalau Sis kata sedap, makanya memanglah sedap rasanya Mee Aceh ni. Korang kena cuba bila korang ke sini. Sebab sedap itu subjektif hehehe.

Mengikut kata tuan punya kedai ini, bumbu (bahan) kesemua masakan Acheh ni di beli dari Acheh sana, memang bahan dan rempah asli dari negara asalnya. Sebab itu dia ada rasa isitimewa dalam masakan Acheh ni yang tak dapat korang samakan dengan masakan di Malaysia.

Bukan Mee Aceh aje yang ada, ada beberapa menu lain juga yang korang mesti cuba. Jom le kita tengok apa yang Sis makan bersama Sunah sewaktu ke Restoran Acheh ni. Dan yang Sis makan semua ini adalah menu 'kick seller' di Restoran Acheh ni.

Harga untuk Mee Aceh ni adalah RM 7.00 sahaja



Lontong Rendang Ayam. Yup, yang ini pun sedap dia kemain. Kuahnya pekat dan santannya segar, takde rasa ten-ngek. Yerr Sis kalau nak makan Lontong kan cerewet sikit. Sis takut rasa kuah Lontong tu rasa ten-ngek. Sebab pernah kena dulu.

Tapi yang ini betul-betuk pekat santannya. Isi dalamnya pun banyak, tak lokek. Jangan lupa korang makan Lontong Rendang Ayam ni, sebab rendang ayamnya begitu 'ngam' rasa dia bila makan dengan Lontong ni.

Harga untuk Lontong Rendang Ayam ni adalah RM 9.50 sahaja.



Yaa ini adalah menu paling pengunjung beli dan makan di sini, yaitu Nasi Gurih Rendang Ayam, kata tuan punya kedai. Korang nampak macam nasi putih biasa je kan, tapi ianya adalah nasi lemak yang sangat beraroma sekali. Harum nasinya. Makan dengan lauk pauk yang sedia ada tu.

Dan ada banyak pilihan. Yang kami makan ni Nasi Gurih Rendang Ayam. Ada juga Nasi Gurih Telur, Nasi Gurih Ikan Sambal, Nasi Gurih Kari Kambing, Nasi Gurih Seafood dan juga Nasi Gurih Ayam Goreng. Tapi pilihan kami tetap rendang ayamnya, sedap oii!

Suka akan nasinya tu, lembut dan sedap bila makan. Bahan dalam nasi tu adalah ramuan istimewa dari Acheh, sebab tu lain dan beza dengan rasa nasi lemak yang biasa kita makan.

Harga sepinggan tu RM 7.90



Dan akhir sekali kami makan Nasi Ayam Penyet atau Geprek sambal hijau. Tapi takde le pedas mana pun sambalnya, masih boleh serasi dengan lidah Malaysia hehehe. Cuma kalau korang nak pedas lagi haa boleh tambah minta pedas ya.

Jangan lupa pulak korang makan nasi tu dengan sambal-sambal sedia ada atas mejanya (terdelete plak gambar sambalnya huhuhu). Ada sambal berlado, ada sambal melayu, ada sambal jeruk, dan sambal asam tak silap. Kesemuanya sedap-sedap oi. Mereka buat sendiri sambalnya.

Dan bagi peminat kopi macam Sis ni, tentunyalaaa kalau makan mesti pekena Kopi Es. Sebenarnya ingat nak try kopiO Es dia, tapi tuan punya restoran rekemen suruh try Kopi Es dia, makanya Sis order laa satu. Sunah pulak minum Teh Es dia, pun sedap kemain! Kaw gile woo..

'Ko ni pergi makan, semua ko kata sedap'.

Kita kalau pergi makan, kemudian kalau nak share kena jujur, tak sedap kata tak sedap, tapi kalau Sis kata sedap memang sedap. Sedap dia bukanlah sedap sangat-sangat sampai kau lupa hilang ingatan kepada menu lain, tapi sedap dia tu ko boleh makan sampai licin.

Dan selepas Sis kongsi di facebook Page Sis, ramai kawan Sis dah pergi cuba, baik Melayu, baik Cina, semua kata sedap! Mereka suka Lontong Rendang Ayam tu haa..hehehe kan dah kata kann..

Korang bila plak nak cuba? Kalau nak belanja Sis, meh laa PM tepi hahahaa.



Restoran Acheh

Di buka dari Isnin hingga Sabtu (Ahad TUTUP)
Dari jam 10am hingga 9pm.

Alamatnya :
157 Jalan Adda 3/1, Taman Adda Heights, 81100 Johor Bahru. (Waze aje pasti sampai).

Facebook: https://www.facebook.com/indonesiaacehfood/
Contact: 011 6367 1360

Yang berdekatan, boleh order online melalui Food Panda.


P/S: Terliur nengok Lontong tu sambil menaipnya oiii hahahaha...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.