DULU NAMANYA BATU LIMA, KINI B5 JOHOR STREET MARKET | Kalau orang Johor lama, pasti tau di mana letaknya Batu Lima ni. Yaa Sis masa kecik-kecik selalu di bawa merayap dengan arwah Abah Sis di sini dulu bersama Emak dan Atuk Sis. Tetiap pagi datang sini ada satu kedai kopi kecik yang jual roti bakar. Dan arwah Abah cukup suka makan sarapan di sini.
Sis pun dah lupa nama kedai kopi tu, dan sekarang dah takde daa, tapak yang dahulunya Batu Lima tu kini telah di naik taraf kepada B5 Johor Street Market (B5JSM).
Yang tinggal hanya gerai-gerai kayu lama sebelah tapak B5JSM ni yang masih lagi beroperasi. Korang jangan tak tau, kat situ ada satu kedai lama menjual pelbagai 'jajan' secara borong. Family Sis kalau nak beli apa-apa untuk goodies ke, ke situ aje la. Kedainya sangat lama dari Bapaknya yang meniaga, dah sampai ke Cucunya dah sekarang.
Ada yang pergi tak waktu pembukaannya semalam (20/2/2020)? Tak sempat pergi? Haaa tu ler, ko sibuk beratur nak dapatkan KFC 2 set RM20 tu kan? Sampai lupa nak ke B5 Street Johor Market ni hahahaha adeii..
Takpe takpe, kalau belum sempat nak ke sana B5JSM ni jangan risau, esok-esok pun ada lagi, dan ada pelbagai aktiviti dan jualan yang akan memeriahkan suasana dari pagi sampai ke malam. Dengarnya esok pun ada artis Shuib dan Siti Sarah yang akan ke sana. Apalagi silalah pergi.
Sis berkesempatan dapat ke sini sewaktu jemputan Media Tour sehari sebelum pembukaan B5JSM ni. So waktu Sis sampai sini, banyak kedai-kedai masih dalam persiapan pembukaannya, ada yang tengah susun barang, masuk barang, dan ada juga dah mula letak barang dan menjual.
Sis tertarik dengan reka bentuknya. Ianya bercirikan warisan lama Johor dan setiap reka bentuknya mempunyai 5 elemen utama iaitu Retail Bazaar, Box Park, Kenderaan Saji atau Food Truck, Makanan serta minuman Serta Hab untuk Persembahan Seni dan Kebudayaan Johor. Dan akan ada juga jualan seperti Bazar karat tu nanti. Menarikkan?
Pembangunan B5JSM ini secara tidak langsung akan menjadi Pusat Pelancongan Komersil Pelancongan Setempat (Centralised Retail Tourism) yang pertama di Johor! Lebih dari 219 ruang niaga di sediakan dan menjual pelbagai jenama 'retailers' yang terdiri daripada penyewa utama, D'Market by Kapitan Grocer, kedai-kedai makan seperti JBorn, Cupcai, DumDum Thai Tea, Cendol Kampung Hulu, 3 Budak Gemok dan banyak lagi.
Bukan ada makan aje, ada juga pameran kraftangan, pembuatan batik, aktiviti tarian kebudayaan, dan sebelah malamnya ada wayang piknik, joget lambak dan bermacam lagi aktiviti yang telah di susun setiap hari sehingga penghujung tahun 2020. Pasti meriah nanti kat sini kan!
Berkeluasan (GFA) 101,181 kaki persegi dan keluasan (NLA) 56,475 persegi ini mampu mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada lebih 1,000 penduduk setempat dan luar kawasan dan menarik lebih ramai pengusaha produk pelancongan tempatan, pengiat seni, golongan muda dan pengusaha makanan untuk bergabung di bawah satu bumbung bagi menjalankan aktiviti bisnes, memasarkan hasil kraftangan, berkarya, mempamerkan bakat dan lain-lain lagi.
Kalau korang yang rajin keluar pagi tu kan, haa pepagi tu datang singgah sini, ada aktiviti sihat yaitu berzumba yang di adakan di tengah pentas tu. Percuma aje, datang walk in, senam, kemudian jam 10am kedai dah bukak, boleh terus sarapan dan makan tengah hari hehehe.
Pembangunan B5 Johor Street Market ini di usahakan oleh Konglomerat Kerajaan Negeri Johor, Johor Corporation menerusi Divisyen Hartanah yang diterajui oleh Johor Land Berhad dan iperasinya dirurskan oleh Damansara Assets Sdn Bhd.
B5JSM mengharapkan ianya akan menjadi tumpuan pelancong tempatan mahupun luar Negara selain melengkapi dan memenuhi permintaan masayarakat sekeliling, khususnya golongan belia sebagai sasaran kerana ia adalah 'trend-trend' terkini di samping mengenali seni, warisan dan budaya negeri.
Memang suasana tempatnya sangat 'hipster' kalau bagi Sis, anak-anak muda pasti suka ni, ye laa dari ko melepak tak tentu arah ke mana-mana tu, haa mai datang B5JSM ni, sambil lepak ada pelbagai aktiviti kebudayaan yang korang boleh belajar dan join sama.
Yang bestnya, setiap sudut di B5JSM ini sangat instagrammable, so bagi mereka yang suka berOOTD, haaa carilah lantai yang ada logo gambar kamera' berdiri je situ, terus dah dapat point menarik untuk korang bergambar. Tak caya ye pergi! Hehehehe.
So korang jangan lupa singgah dan datang bersama keluarga untuk sama-sama memeriahkan susana di B5 Johor Street Market ni ya. Cuma masih banyak lagi gerai yang belum beroperasi, insyaAllah menurut kata Tn Haji Yusaini Bin Sidek, semua peniaga akan mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Mac nanti. Sos mesti lagi meriah!
Psttt ada gak Butik Nealofar kat sini, Sis ko dah teruja benar ni hehehe.
Untuk mendapatkan lebih info mengenai aktiviti, acara mingguan, dan tahunan, juga details bazar jualan sewaan, korang boleh hubungi : En Mohd Saffian 012-7804882 untuk segala pertanyaan.
Atau ke laman sosial B5 Johor Street Market seperti di bawah. Korang bukak je IGs di Instagramnya, banyak aktiviti dia update! Meriah sungguh suasana malam semalam.
Facebook : B5 Johor Strest Market
Instagram : @b5johorstreetmarket
P/S: Bertambah meriah Johor ni kan? Luaskan Kuasamu Johor!! Ayuh!