Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4497

SAYUR BETIK MASAK BENING LADA HITAM DAUN KUNYIT

$
0
0
Assalamualaikum wbt..

SAYUR BETIK MASAK BENING LADA HITAM DAUN KUNYIT | Salam #5Ramadhan buat semua, moga hari ini lebih baik dari semalam. Untuk harini Sis taknak cecite bebanyak, sebabnya pagi ni bergegas nak ke KPJ Pasir Gudang, untuk temujanji medical checkup sekali nak amik darah, jadi banyak urusan sedikit pagi ni nak kasi settle, jadinya update mana yang sempat aje dulu untuk harini. Doakan Sis baik-baik aja ye resultnya nanti. Ngeri nak amik darah ni hahaha. 

Semalam Ahad, Sis berbuka puasa di rumah Mak, biasalah kalau dah berbuka ke sana, hajat dan tekak ni memacamlah permintaannya hehehe. Tanya pada Mak, ada betik tak, Mak kata ada, terus Sis kata sedapnya masak bening, Mak boleh jawab, okay aje, mungkin Mak pun teringin juga, sebab yang makannya pun Sis dan Mak je, yang lain semua tak pandai makan, Menu orang tua katanya, tapi derang tak tau betapa sedapnya. kan kan. Lagi time puasa ni, hirup panas-panas, ratah aje, tau-tau dah licin semangkuk hehehe. 
Sis biasa juga buat, tapi tak samalah macam mana air tangan Mak kita kan. Mak kalau masak, telur goreng pun sedap hahaha. Sapa setuju sila komen hehehe. 

Okay bagi yang nak mencuba, silalah, ni resepi Mak Sis,  mana yang kata lain ke tak sama ke, memanglah, sebab resepi Mak sendiri, kot kalau sama, mungkin Mak kita sama air tangannya hahaha. Bahan korang agak-agak ikutlah berapa besar betiknya ye, jangan betik sebeso tidak, bahan korang letak sama je, kang salahkan resepi kita plak hahaha sendiri kena pandai adjust okay.
Lagi satu, bening Mak Sis ni letak lada kering, so rasa ada rasa pedas-pedas sikit, ada orang kalau kata bening, dia tak letak lada, kosong aje. Jadi ikut masing-masing ya. Yang ni versi Mak Sis..



Bahan-bahannya :

1 biji betik saiz sederhana separa masak
1 biji bawang besar (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
1 camca teh lada hitam (ditumbuk)
Lada kering (agak 10 batang) di kisar.
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam (ditumbuk)
1 helai daun kunyit, disiat
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya


Cara-caranya :

Betik di kupas dan di potong ikut suka. Jangan tebal, nanti susah nak masak dan di makan.
Masukkan ke dalam periuk bersama-sama dengan bahan tumbuk dan lada kisar. Kemudian masukkan air secukupnya (ikut banyak mana kuah yang korang nak)
Kacau rata dan masak hingga mendidih. 
Masak hingga betik lembut. 
Masukkan lada hitam, daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. 
Biarkan mendidih sekejap.
Tutup api dan hidangkan.
Cepat-cepat makan, hirup panas-panas..umpph!!

Selamat mencuba..





P/S: Harini apa menu ye ? ermm jom buka buku resepi 365 haru hehehe..



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4497

Latest Images

Trending Articles


Doodle Jump 3.11.34 by Lima Sky LLC


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


INUMAN QUOTES


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.6.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.8.2 by Vimeo.com, Inc.


Doodle Jump 3.11.34 by Lima Sky LLC



Latest Images