Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4449

BILA ANAK LELAKI AKU DAH BESAR MEMBUJANG

BILA ANAK LELAKI AKU DAH BESAR MEMBUJANG | Alahaii bila anak Sis kirim gambarnya ni, dan bila nengok gambar anak bujang (kanan kemeja putih) anak satu-satunya lelaki yang Sis ada dan dialah yang bongsu, terus hati berkata, cepatnya masa berlalu, teringat zaman dia masih baby lagi, di dukung, di belai dan di cium-cium pipinya.

Tapi bila dah besar ni, maklum aje laa, jangan kata nak dukung, nak cium-cium pun dia ada perasaan malu depan orang, tapi dia cium kita takpe hahaha.

Dan ada masanya mata ni mengalir juga air mata bila nengok gambar anak-anak yang dah membesar ni. Kenapalah semuanya cepat sangat membesar. Dulu kecik-kecik meriah rumah, dengan gaduhnya, dengan nangisnya, rumah bersepahnya, tapi sekarang....bukak pintu bilik pun katil kosong..

Sis anak tak ramai, hanya 3 orang aje. Nombor satu dan dua perempuan, dan yang lelaki ni laa yang bongsu. Kalau ingat pengalaman waktu nak melahirkannya, Ya Allah rasa macam nyawa di hujung leher je, mungkin agaknya melahirkan anak lelaki memang sakitnya beza kot, tapi entahlah. Memang sakitnya masyaAllah Tuhan aje yang tahu.

Dari menahan constraction, hingga nak menerannya, sangat-sangat seksa satu tubuh badan. Sampaikan nurse yang di sisi Sis tu suruh Sis mengucap. Dalam hati kata 'Nak mati agaknya aku' hahahaha. Tapi bila anak dah keluar, nurse tunjuk 'kote' nya, alahaii hilang semua sakit hahahaha.

Sejujurnya ketiga-tiga anak Sis, Sis takde buat scan jantina, semua kira surprise, kecuali nombor dua Sis ada buat scan sebab jatuh bilik air, so nak tengok degupan jantung anak, tu pun Doktor kata anak lelaki, tapi gerak hati Sis masa mengandung kata anak perempuan, bila dah bersalin..haa kan betul perempuan hahahaha...


Now anak bujang Sis dah berumur 20 tahun, dan belajar di Politeknik Mersing amik Diploma dalam bidang Digital Teknologi Maklumat. So far alhamdulilah, memang itu minat dia, so memanglah dia boleh bawa. Sis tak paksa anak, apa yang mereka suka, Sis support aje, janji mereka belajar dengan minat dan happy. kang kalau paksa, susah jadinya kan.

Anak bujang Sis ni paling senang nak menjaga, dari kecik sampai ke besar, sangat tak cerewet dan tak banyak karenah, tak macam kakak-kakaknya, boleh pening kepala melayan satu-satu hahaha. Cumanya anak bujang Sis ni tak berapa rapat dengan Ayahnya, dia memang rapat dengan Sis, dah macam BFF. Semua rahasia semua cerita dengan Sis je dia nak bercerita. Kalau dengan Ayahnya, ada je tak kenanya.

Mungkin sebab masa anak bujang Sis ni kecik, Ayahnya sibuk mencari rezeki siang sampai malam, so masa dengannya sangat terhad. Beza dengan anak-anak perempuan Sis, Ayahnya balik opis hour, so banyak masa dengan anak-anaknya, sebab itu anak perempuan Sis rapat dengan Ayahnya. Tapi yang lelaki ni rapat dengan Sis.

Tu laa korang, Sis nak pesan, sesibuk mana pun kita mencari rezeki, ingat dan luangkan masa bersama anak. Beza dengan dulu, takde handphone nak bertanya khabar, sekarang kan ada telefon, ada wahtdapp semua, at least kalau sibuk, haa tanyalah khabar anak-anak tu. Biarlah orang kata, kita Mak Pak pulak nak bertanya khabar anak tapi anak tak amik kesah, takpe biar, nanti satu hari mereka akan sedar akan apa yang kita buat.

Ermm tak percaya buatlah..Sis cakap berdasarkan pengalaman. Kalau dah jenis Mak Pak tak kisah anak, then anak pun tak amik kesah, maka kedua-dua pihak senyap, sudahnya....hal ni akan membawa sampai ke tua, takde persefahaman dan tak akrab dalam hubungan keluarga.

Biarlah kita yang tua ni mulakan, apa nak malu, anak kita. Tuhan tu Maha Adil, satu hari nanti, anak-anak akan sedar akan prihatin kita kepada mereka dan berfikir 'Mak Ayah aku selalu tanya khabar aku, aku takde pun amik kisah hal mereka', yaaa itulah yang akan berlaku satu hari nanti..jangan sampai menyesal kemudian hari, selagi ada, hargailah.

Sis selalu cakap kat Suami macamtu, biarlah kita mengalah dengan anak-anak, apa jadi akan datang, berserah ajelah pada Allah. Anak-anak sekarang bukan boleh tegur sikit, kang melenting, so kenalah kita pepandai amik hati mereka walaupun banyaknya kita Mak Pak yang makan hati..

Hurmm gitulah kisahnya bila anak dah membesar. Moga Allah pelihara dan lindungan anak-anak kita dari perkara yang tak baik, aamiinn..


P/S: Hujan dari sebelum Subuh. Sejuk aje, apalagi..lapar...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4449