Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

SEDAP-SEDAP MENU DI MEISAN SZECHUAN RESTAURANT CINA HALAL MUTIARA JOHOR BAHRU

$
0
0
SEDAP-SEDAP MENU DI MEISAN SZECHUAN RESTAURANT CINA HALAL MUTIARA JOHOR BAHRU | Yaaa betul-betul sedap menu yang di sediakan pada hari Sis dan geng media JOCOM makan tengah hari di sini sempena meraikan hari ketujuh perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Sejujurnya, ini adalah kali pertama Sis masuk ke (Hotel) Mutiara Johor Bahru ni, walaupun dahulunya namanya Holiday Inn, tapi tetap belum pernah Sis ko jejak. Dan pertama kali juga dapat masuk dan makan di Meisan Szechuan Restaurant Halalnya. Yaa restaurant cina ni halal, dan punya sijil halal sah!.



Mana-mana yang pernah membesar di Johor ni, mesti tau akan kewujudannya Mutiara Johor Bahru ni dan juga popularnya nama restoran ni. Mana taknya, sewaktu Sis singgah di Holiday Plaza membeli barang, berbual dengan seorang peniaga cina di situ, dia tanya Sis dari mana, Sis kata ada media review di restoran Meisan Szechuan, terus dia kata 'Waa itu restoran baik (sambil tunjuk ibu jarinya good) makanannya, sedap woo' katanya macamtu. So memang femeslah kan restoran ni.

Rezeki Sis laa dapat merasainya. Ternyata memang sedap kesemua hidangan yang di hidangkan. Cuma nak bagitau, hidangan yang Sis makan ni, walaupun ketika itu musim Tahun Baru Cina, tapi korang jangan risau, walaupun tak raya cina, kesemua menu-menu ini tetap ada di hidangkan jika korang order. Sentiasa ada katanya.

Meh nengok apa yang mereka hidangkan. Stanby kain lap mulut hahahaha..


Menu pertama yang di hidangkan adalah Shredded Dried Scallops Soup with Crabmeat and Fish Lips. Ya Tuhan yang ini memang sedap tak terkata. Tak sangka juga bibir ikan boleh di jadikan sup ek hahahaha. Lepas ni kat rumah kalau siang ikan Sis nak amik bibir ikan tu simpan hehehe.

Serius yang ini sedap! Sedap lagi ini dari Shark Fins Soup wokay!! .. Janganlah makan Shark Fins tu, sian dia huhuhu...



Menu kedua yang di hidangkan adalah Steamed Garoupa - Cantonese Style. Masa mula sampai menu ni, semua muka pelik dan excited termasuk Sis. Pelik sebab lain dari lain masakannya, biasa kami makan ikan kerapu stim putih tu, yang ini sangat beza. Kuahnya ada rasa sikit macam TomYam. Pedas-pedas sikit tapi memang sedap!

Ianya di datangkan bersama dengan Roti Mantau Goreng. Makan pepanas, cecah dengan kuah ikan tu, makk aii dapnyaa...sambil menaip kecur ayaq liur Sis..


Kemudiannya datang pula menu Deep Fried Boneless Chicken with Special Sauce and Shredded Mango. Menu ini menjadi kegemaran semua yang duduk semeja hehehe. Semua suka akan rasa ayam gorengnya yang di curah dengan sos dan ada hirisan buah mangga. Sos tu Sis rasa macam sos plum, tapi rasanya bukan, memang lain rasa sosnya, patutlah special namanya gitu.

Menu ni korang must try okay! Memang sedap. Portion dia banyak, boleh makan untuk 6/8 orang sepinggan tu.


Yang ini pula 2 masakan dalam satu pinggan, namanya Twin Delight Prawns with Dried Chili & Curry Leaves and Cornflakes. Menu ni juga antara menu killer yang selalu pengunjung datang makan ke sini. Masakan udang bersama cili kering tu memang sangat sedap. Sis suka!.

Dan agak sedikit kelainan dalam masakan ini apabila Chef masak menu udang bersama cornflakes dan daun kari hehehe. Hebat tak hebat, nanti korang boleh cuba dirumah hehehe. Tapi rasanya sedap dan rangup!


Menu wajib makan jika ke sini, Braised Black Mushroom, Fish Maw & Chicken Dumpling with Broccoli. Ini pun Sis suka, banyak Sis makan masa tu hehehe. Isi dumpling tu bila makan, ada inti ikan dalamnya, sedap gilerr!.

Dan Sos untuk menu ni, pun sedap, tak pedas, cecah dengan roti goreng tu pun sedap!. Yaa mana-mana makanan cina mesti ada hidangan ni, sebab apa? mereka suka makan sayur, bukan macam korang hahahaha.


Dan akhir sekali, apalagi kalau bukan Steamed Glutinpus Rice with Pumpkin In Lotus Leaf. Eee sedap sangatlah, Sis makan satu tu habis licin, padahal kan dah kenyang makan banyak menu sebelumnya hehehe. Sebab sedap. Takde rasa macam herba sangat dan kurang bau. Bau? Yaa biasanya ada sedikit bau dalam menu ni tau, tapi yang ini takde, elok je Sis makan.

Bau tu mungkin pada daunnya kot, atau rempah yang di stim dalam nasi tu, mungkinlah, Sis pun tak tau. Tapi yang ni korang cuba, memang sedap.


Dan akhir sekali, sebagai penutup makan tengah hari pada hari itu, kami di hidangkan dengan hidangan pencuci mulut iaitu Steamed Buns with Kaya and Cold 'Mua Chi'. Wowww roti tu sangat sedap, ada inti kaya dan Mua Chi tu waduh, makan sejuk masuk mulut, nikmat ya amat!!! ..

Apa tulis kat roti tu? ooo tu bahasa cina la time raya cina memang selalu mereka sebut, Heng Ong Huat !! Maksudnya macam Kaya, Sukses dan ada Ong maaa hahahahaha...


Sis rekemen sangat kat Korang yang suka makan menu makanan cina, yaa korang bolehlah cuba datang ke sini dan mencubanya. Menu-menu kesemua ini 'all time' (setiap hari) di sajikan jika ada permintaan. Tapi restorannya dibuka pada waktu lunch dari jam 11.30am - 2.30pm dan juga makan malam dari jam 6.30pm - 10.30pm.

Meisan Szechuan Restaurant
Mutiara Johor Bahru Hotel
No. 779, Jalan Dato Sulaiman, Taman Century, 80250 Johor Bahru

Contact: 07-3300 300
Email: fbjb@mutiarahotels.com

Website: https://www.mutiarajohorbahru.com/
Facebook: https://www.facebook.com/MutiaraJohorBahru/

#Throwback sekitar Perayaan 7days Tahun Baru Cina, korang boleh lihat facebook pages Sis ni ya.


Thank You Mutiara Johor bahru for having Us.


P/S: Nanti nak makan Laksa Johornya pulak, dengarnya sedap! Jomm kita..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.