'MAKAN JOURNEY' DI DOUBLE TREE BY HILTON MENJANJIKAN KEPUASAN! | Puas dan kenyang, yaa itu yang Sis nak bagitau. Kalau di baca tajuk di atas 'Makan Journey' tu bermaksud 'Jalan-Jalan Cari Makan' macam tu laa, so sudah tentulah kita terfikir mestilah ada pelbagai menu dalam satu buffet kan? Ofcos buffet! Ko ngase? Maunya tak kenyangkan hahahaha.
Malaysia memang terkenal dengan makanan yang sedap dan pelbagai menu dari semua negeri. Setiap negeri ada keistimewaannnya tersendiri. Tapi untuk merasai kesemuanya, korang kenalah jelajah satu Malaysia kan, tu pun kadang bila dah sampai ke satu negeri tu, lupa pulak nak merasai makanannya, sebabnya dah nampak menu lain hahaha.
Oleh itu, sepanjang bulan Februari ini Makan Kitchen di Double Tree by Hilton ingin mengajak kepada semua 'Food Lovers' atau pencinta makan datang untuk menikmati hidangan buffet bertemakan 'Makan Journey' yang telah pun bermula dari 2 hingga 27 Februari 2020 setiap hari Ahad hingga Khamis dari jam 6.30pm hingga 10.30pm.
Jika siapa yang pernah makan di Makan Kitchen Double Tree by Hilton ni, korang mesti tau kan, ada kepelbagaian menu yang tersedia dari setiap dapur yang berlainan bangsa. Maksudnya, ada menu makanan Melayu, Cina, India dan juga Western (makanan barat).
Lebih dari 80 jenis menu tersedia. Korang boleh pilih dari setiap ruang kaunter yang ada tanpa had. Makan selagi boleh dan korang boleh cuba semuanya. Dari masakan panas, bakar, kukus, dan juga sejuk, semuanya dalam satu buffet. Dan untuk kali ini, jangan lupa korang mencuba Freshly Roasted Chicken from the Oven, Dim Sum, Satay from the Charcoal Grill dan juga Chicken Tandoori bersama Naan Breads from the Tandoor Oven, dan banyak lagi.
Kepada pencinta makanan jangan lupa merasai keenakannya Beef Kerabu, Satay, Assam Laksa & Prawn Sambal Petai from the Malay section yang pasti mengiurkan mata dan tekak korang. Sis paling suka makan satay dagingnya, sangat sedap!
Pengemar makanan Cina boleh juga mencuba Double Boiled Chinese Herbal Soup, Stir Fried Kailan and Wok Fried Prawn from the Chinese corner. Ianya di masak dan di hidangkan secara panas ke meja korang. Dan tidak lupa juga, menu Tomato Dhaniya Shorbat, Palak Mutter, Lamb Raragosh, Mud Pot Biryani and Squid 65 from the Indian section dan banyak lagi menu tersedia.
Yang sukakan manisan inilah masanya korang dapat merasai kesemuanya sepanjang Makan Journey yang berlangsung di kaunter Assorted Crepe Stall and Dessert Station. Selain dari manisan antarabangsa yang tersedia, juga tersedia Ice Kacang, Assorted Aiskrim Malaysia, Shibuya Toast and Charcoal Waffles, Sago Gula Melaka, Carrot Cake, Passionfruit Opera, Pandan Catalana and Peanut Butter Mascarpone. Korang boleh pilih yang mana menjadi taste korang.
Sis suka akan Shibuya tu, ianya sejenis roti dan di letak atasnya dengan buah-buahan dan juga aiskrim, ermm sangat sedap. Tapi menu Acai Bowl tu Sis tak boleh masuk dek tekak, mungkin Sis bukan pengemar yogurt dan bijiran, so tak masuk tekak Sis. Tengok orang makan kemain sedap huhuhu..
Sebenarnya ada banyak lagi pilihan menu yang korang boleh pilih dan makan, cuma kali ni Sis tak amik semua gambar, Sis amik mana yang new highlight aje. Kang semua Sis tayang, korang kenyang tengok gambar aje pulak kan hehehe.
So siapa yang suka makan, jomlah ke Makan Journey di Makan Kitchen Double Tree by Hilton sepanjang Februari 2020 ni ya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Go on a Makan Journey with DoubleTree by Hilton at Makan Kitchen. Discover the best of Malaysian cuisine and cultures under one roof.
The Makan Journey promotion is available for dinner, Sunday to Thursday throughout 2 – 27 February 2020. Prices start from RM88 nett per adult and RM44 nett per child (age 6 – 12).
Your adventure comes to a sweet end with the freshly made to order Assorted Crepe Stall and Dessert Station. A tantalising local and international selection includes Ice Kacang, Assorted Aiskrim Malaysia, Shibuya Toast and Charcoal Waffles, Sago Gula Melaka, Carrot Cake, Passionfruit Opera and Pandan Catalana and many more!!
Located on level 1 of DoubleTree by Hilton Johor Bahru, Makan Kitchen is open daily from 6:30am until 10.30pm.
For further enquiries or reservations, please call +07 268 6868 or visit www.eatdrinkhilton.com.
Thank You Double Tree for having us ..
P/S: Eh..semalam korang ada cuba ke penyapu berdiri tu? Betul ek berdiri? Erkkkk....