JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN TAPI ASYIK MAKAN AJE KERJANYA | Iyerr jauh berjalan, makin jauh, makin banyak berhenti makan dan makan hahahaha. Gitu lee kalau dah Sis dengan Suami berjalan jauh. Kalau tak Sis yang suruh berhenti cari makan atau jajan, atau Suami yang stop berhenti pi cari makan hehehe.
Kalau Sis memang Suami atau sesiapa aje yang kenal Sis, kalau Sis bawa kereta, mesti Sis nak mengunyah, bukan sebab nak hilangkan mengantuk aje, tapi jadi tabiat hahaha dari dulu hingga sekarang. Selain dari yang mesti beli nescafe atau air panas Costa tu haa..haaa tu memang satu keperluan hehehe.
Kalau korang macam mana? Sama ke tak?
Yaa ada orang tak reti mengunyah time memandu, lagi satu konon jaga kereta, kang berbau dan jadi ternak lipas katanya..ermmmm habis dah kau pemalas nak bawa cuci kereta, tak ke lipas duduk dalam kereta ko..kalau faham ye faham, tak faham ye sudah..
Dulu memang ya, Sis anti betul orang makan dalam kereta, sebab kononya menjaga kebersihan kereta. Tapi bila dah makin berusia ni, benda tu dah jadi macam ala lantak lerr, dah makan dah kotor pi laa cuci kereta, habis cerita. Kena pulak Suami Sis pun sama naik dengan Sis, dia pun sama makan juga time memandu atau duduk sebelah, makanya tak ke lagi meriah dalam kereta dengan makanan hahahaha..
Pernah dulu sekali, kami berdua memandu ke Lumut, kami siap makan nasi lemak hahahaha. Sis memandu, Suami duduk sebelah, dia makan dia suap Sis, ko ngase? Sebab masa tu tak sempat nak berhenti dan terkejar masa so kenalah makan dalam kereta.
Dari hari Jumaat ke Desaru Lotus, terus ke Pasir Gudang, kemudian gerak ke Air Itam Johor, then Melaka, dan semalam dah sampai ke Paka. Sampai aje Suami ajak makan kat mcD. Dah tentunya kami makan burger sempena tahun baru cina tu Prosperity Burger. Perghh memang sedap!
Suami kata setahun sekali aje dapat makan burger ni hehehe. Tak makan rugi katanya hahahaha. So dapatlah kami merasa semalam di McD Kerteh. Lepas makan terus check-in. Malamnya kami makan apalagi, nasi goreng sotong besar hahahaha. Rindu dengan sotong Paka akhirnya terubat..sedap tetap sama, besar tetapm sama...arghh sedapnya!!
Dan hari ini nak gerak ke .....
Nantilah cerita ya...hahahahaha kena ada rahasia dan sambungannya, kalau tak, meroyan kang si 'anggerik desa' atau 'insan terpilih' tu menelefon dan wahtsapp kakakakakakah ... dah le kaki stalker ! segala IG dan FB anak-anak, adik beradik, kawan-kawan Suami, kawan-kawan aku semua kau nak follow ek..kau dah kenapa? tak boleh lihat kebahagiaan orang ek, jenis apa la kau punya perangai ek..kesiannnnn....
Okay dah, hilang mood Sis ko kalau cite panjang-panjang kang,
Kita sambung nanti ya..Bye.
P/S: Korang tak payah tanya siapa dan kenapa, ONE DAY Sis akan viralkan di sini...