Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422

25 DISEMBER 2019 - SELAMAT HARI KRISMAS

$
0
0
25 DISEMBER 2019 - SELAMAT HARI KRISMAS | Sambutan “Natal” atau “Krismas” yang bergemerlapan dan berkilauan dengan pokok-pokok cemara lengkap digantung dengan hiasan, lampu kelip-kelip dan hadiah di bawahnya amat bermakna kepada penganut Kristian di seluruh dunia.

Senario ini juga dapat dilihat di rumah-rumah, gereja, kedai-kedai dan di sekitar bangunan perniagaan. Begitu semaraknya sambutan perayaan tersebut hinggakan ianya telah melahirkan sekurang-kurangnya tiga kesan utama kepada sesebuah masyarakat.

Pertama, perayaan Krismas yang jatuh pada tarikh 25 Disember adalah sebuah upacara yang berlandaskan nilai kebenaran.
Kedua, perayaan Krismas telah mencapai “maqam” simbol prestij terhadap status sosial. Sebuah simbol yang membanggakan bagi orang yang merayakannya atau bagi mereka yang turut “menyertai”. Sebaliknya mereka yang tidak “menyambut” perayaan Krismas, terkesan tidak berprestij.
Ketiga, seolah-olah majoriti penduduk negeri ini adalah kaum Nasrani. Padahal secara statistik, jumlah mereka tak lebih dari 15 peratus di Malaysia.

Sebenarnya keadaan ini adalah berbeza dengan realiti kewujudan sambutan Krismas itu sendiri. Apa tidaknya, sejarah Krismas yang dirayakan pada setiap 25 Disember itu sendiri adalah agak kabur. Ia adalah hampir pasti bahawa tidak ramai orang yang mengetahuinya. Walaupun di kalangan penganut-penganut agama Kristian.

Salah satu sebabnya ialah kekurangan bahan rujukan yang mendedahkan tentang Krismas. Jika terdapat pun, ianya hanya mengandungi maklumat bahawa Krismas adalah perayaan Kristian yang jatuh pada 25 Disember sebagai ulang tahun kelahiran Isa.

Adakah benar bahawa Isa dilahirkan pada 25 Disember? Jika jawapannya ya, apa asas hukumnya? Jika tidak bagaimanakah sejarah bermula dalam menetapkan 25 Disember sebagai hari lahir Isa, yang akhirnya dirayakan sebagai perayaan Krismas?

Ada yang tau kesahnya?.


The joy of brightening other lives, bearing each others’ burdens, easing others’ loads and supplanting empty hearts and lives with generous gifts becomes for us the magic of the holidays.

[Baca juga] Hukum Mengucapkan 'Merry Christmas' 


P/S: Ada yang nak jemput kita datang makan raya tak? Hehehehe

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422