PENAT NAK MENJAGA HATI ORANG, HATI SENDIRI? | Dunia ini benar-benar tidak adil! Kita saja yang perlu menjaga hati dan perasaan orang lain. Hati dan perasaan kita bagaimana? Kita berbuat baik dengan orang lain, sedang kejahatan mereka yang dikembalikan kepada kita.
Kita setia bersama mereka walau dalam susah dan senang. Namun untuk sebentar pun mereka tidak betah untuk berada di sisi kita. Jangankan dalam duka, waktu bahagia pun tidak sudi.
Ya, dunia ini tidak adil.
Tapi! Allah itu Maha Adil, sentiasa adil.
Ya, kita terluka malah tak dipeduli.
Tapi Allah tahu dan sentiasa sudi untuk mencantumkan kepingan hati.
Kita berbuat baik namun tak dihargai. Tak mengapa Allah ada untuk menilai, malah berjanji pahala akan diganjari. Kita sentiasa membantu orang lain dalam susah dan senangnya. Tapi mereka tiada saat kita memerlukan.
Tidak mengapa Allah sentiasa ada, dalam susah dan senangmu, dalam tangis dan tawamu, Dia ada dan sentiasa ada untukmu…Lakukan semua perkara kerana Allah. Kita tidak akan terluka, percayalah!
Kita jaga hati orang lain untuk Allah.
Hati kita?
Tak mengapa, Allah ada untuk jaga hati kita.
Bukankah Dia sebaik-baik penjaga?
Sekian..
Kredit: iLuvislam
P/S: Hati ayam masak sambal hijau sedapkan..yumsss..ngences ler pulak!