AKU PERNAH KEMURUNGAN DI SEBABKAN .. | Yaa Sis pernah kemurungan, kemurungan tahap kritikal hingga nak di bawa ke pakar psikoterapi untuk di rawat. Kalau di ingat-ingatkan semula waktu kemurungan itu, sangat menakutkan, sebab pernah cuba untuk mencederakan diri sendiri, pernah rasa nak lari jauh-jauh, juga pernah rasa taknak hidup lagi. Memang serius.
Kenapa? Pertamanya selepas Sis berpindah dari rumah lama (bukit Indah) ke rumah baru (sekarang ni), masa duduk di rumah lama sana, Sis ramai kawan, boleh di katakan dari pagi hingga ke malam berjumpa kawan, sebabnya kami semua menghantar anak di sekolah yang sama, kemudian di sekolah meyembang sambil menunggu anak keluar.
Kadang keluar beramai-ramai, ada masa mereka datang kerumah lepak sambil menunggu, atau pergi pula rumah kawan yang lain, memang meriah hidup Sis dulu bersama kawan-kawan. Setelah itu Suami beli rumah sini (Pasir Gudang) dan selepas seminggu duduk di sini, Sis terus jadi bukan diri Sis sebenarnya. Rasa tiba-tiba semuanya hilang sekelip mata.
Tercari-cari gelak ketawa kawan-kawan, ada masa macam Sis gelak sendiri, membayangkan kawan-kawan datang menjenguk Sis dirumah. Blog pun Sis tinggalkan hampir setahun lebih tak aktif, mood takde nak bukak blog, idea kosong dan blur.
Suami sibuk kerja, Sis pula anak-anak semua belajar Universiti ketika itu, tinggal bersama anak bujang sahaja, pergi sekolah pagi, balik petang, dan Sis seorang di rumah sampai tak tau apa nak buat. Belum mengenali jiran semua. Hidup rasa seperti kehilangan. Menangis, termenung, makan minum semua entah kemana. Tapi kerja rumah tetap di siapkan cuma selalu ada je tak kena Sis buat yang Suami jadi pemarah juga. Bertambah stress Sis.
Ya Allah tak tahu nak cakap macam mana perasaan tu. Puncanya bermula, pada hari minggu Suami kena kerja, maka tinggal Sis seorang diri, anak sekolah, tiba-tiba Sis datang marah yang tanpa di kawal, Sis menjerit depan Suami dan bermacam-macam ayat keluar melepaskan dan meluahkan perasaan, sampaikan Suami terdiam terduduk sebentar. Suami sabarkan Sis, suruh beristighfar dan ingat Allah tapi Sis dah macam 'orang gila' katanya, tak tau apa yang Sis cakap dan buat (termasuk cubaan nak mencederakan diri).
Menangislah Sis masa tu kata Suami, sekuat-kuatnya, rasa jiran sebelah pun dengar. Suami peluk dan biarkan Sis menangis sepuas-puasnya. Ketika tu memang segala apa yang Sis pendam, yang Sis simpan, semuanya Sis keluarkan. Tapi Sis tak tau dan tak ingat apa Sis cakap, Suami ajalah yang tau, tu pun kalau dia masih ingat.
Lepas kejadian itu, kata Suami Sis tidur hampir seharian, dari tengah hari membawa ke Maghrib. Badan lemah dan tidak bermaya. Dan kata Suami ada sekali Sis tersedar dan Sis muntah-muntah. Lepas tu sambung balik tidur.
Hampir seminggu juga Sis amik masa, nak bercakap, nak senyum dan juga ketawa macam biasa, kalau tak memang duduk bilik diam dan tak bercakap pun. Sampai Suami cuti tak bekerja, hantar anak sekolah pun Suami heret Sis ikut sekali, dia takut nak tinggalkan Sis sorang-sorang di rumah.
Selepas itu, hari makin hari, setelah masuk dalam group setaman, barulah Sis rasa riuh sedikit hidup ni, Sis ikut aktiviti semua termasuk pergi Zumba, Fardhu Ain, mengaji dan lain-lain aktiviti setaman. Maka dah ada lah Sis kawan di sini, dan Sis mulalah berkawan, keluar minum, lepak rumah mereka ataupun masak-masak di rumah Sis.
Tapi...kemurungan itu bukan sekali tu aje...kali kedua Sis kena juga kemurungan tu, sebabnya..
Yang ini tunggu tiba masanya nanti Sis akan cerita...Jadi bagi mereka yang kemurungan, Sis memang faham kenapa kemurungan tu sampai boleh membunuh diri. Sebab itu sekarang, Sis sibukkan diri Sis, pergi sana sini event walaupun orang kata pergi event 'free' sekalipun, janji Sis keluar, berjumpa kawan, gelak, dan kemudian balik rumah Sis bawa kegembiraan bukan duduk rumah penuh kesedihan seorang diri.
Orang kata, jangan terlalu banyak fikir, nanti sedihlah, nanti murung, nanti jadi marah..tapi...kalau tak fikir, takkan selesai semua masaalah..orang boleh kata sebab mereka tak merasainya, cuba nanti Allah bagi rasa, baru tau, betapa sedih dan sakitnya hati sampai jadi kemurungan.
Dan biasanya, orang yang sakiti hati orang lain, takkan merasa sakit, tapi orang yang di sakiti itu akan rasa sangat sakit, kalau boleh nak toreh-toreh muka orang yang lalu depan kita.
Mungkin lain orang lain perasaannya. Hidup Sis tak pernah rasa kosong, dulu penuh dengan warna-warni pelangi, tapi bila dah duduk sini, warna pelangi tu hilang, dan di tambah lagi 'warna hitam' yang menganggu dalam hidup, memang hati penuh rasa dendam dan ketidak kepuasan dalam diri.
Tidak mengapa, Allah itu Ada, sekarang kalau rasa sedih, murung, sepi, Sis cuba kawal diri, kalau boleh taknak menangis, sebab bila menangis, jadi lupa semuanya...akan jadi tak terkawal semuanya.
Sis nak pesan apa-apa pun tak tau, sebab diri ini masih ada rasa kemurungan. Cuma boleh pesan, korang jagalah diri dan jangan buat orang lain curi kegembiraan kita..
Sebab itu Sis takut akan kesepian di dunia...
Sekian dulu..
#SisSharing ..
P/S: Penyakit kemurungan telah dikenal pasti oleh WHO sebagai penyakit keempat terbesar yang menyumbang kepada penyakit global (global disability) yang dialami oleh manusia di seluruh dunia pada ketika ini.