Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4435

BILA CIRIT-BIRIT MENYERANG!

$
0
0
BILA CIRIT-BIRIT MENYERANG! | Sakit lain boleh lagi Sis ko hadam, tapi kalau sakit cirit-birit datang menyerang, satu kerja tak boleh buat! Mampu gerak ke tandas, kemudian baring semula, tutup mata bawa tidur, kemudian tersedar, bangun lagi ke tandas dan baring lagi, haaa gitu aje laa berulang-ulangnya.

Masa ni tandas tu dah macam tempat berehat no-2 selain katil. Kau ngase? Elehhh macamlah korang tak pernah kena cirit-birit ek...cuma kes Sis ko ni spesel sikit, kena cirit-birit pun tulis blog hahahaha. Betapa speselnya dia kan..

Ikutkan semalam Sis ko ikut larian Renaissance Run To Give 2019 pagi semalam, tapi sebab saki baki malam tu belum lagi selesai, makanya hanya mampu krik krik krik aje laa seharian semalam di rumah sambil menemani Suami buat kerja paper work dia. Dah macam opis rumah Sis ko semalam.

Malam semalam, dah rasa kurang dan selesa sikit keadaan badan ni. Tak pergi klinik pun, Sis ko makan Pil Teck Aun tu jer. Sebab rasa memang salah makan, bukan keracunan makanan, yer sebab hanya cirit aje, muntah-muntah takde.

Makan apa dan di mana? Malas nak cite, tak elok nak bercerita aib orang, mereka cari rezeki. Mungkin takde rezeki Sis. Bersangka baik aja.


Oleh yang demikian, pengajaran dari kisah ini harini, makanya, sila berhati-hati jika nak makan makanan 'celup-celup' tu ya, jika rasa sosnya tu agak tidak elok rasanya, sila hentikan memakannya, anda mungkin akan terkena cirit-birit.

Jenis Sis ko ni 'jangan membazir', haaaa kau, amekkawwww...membuang terus... lagi membzair ekk..ehhhhh...hahahahaha

Pagi ni rasa macam kempis perut, ni kalau timbang mau macam lari 10km ni hahahahahah...malam semalam pun Suami ajak keluar lepak minum kopi, pergi yang dekat aje, takut jejauh kang, perut buat hal..

Okaylah sekian untuk berita terkini dari Sis Lin..nanti sambung lagi, nak masak bubur lambuk sardin Ayam Brand.

OkBai!


P/S: Tuhan jaga Dia [Suamiku] untukku..sihatkan dia selalu dan ringankan bebanan kerjanya, aamiinn..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4435