Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

MAKAN-MAKAN DI SANDAKAN - RESTORAN DOVIST

$
0
0
MAKAN-MAKAN DI SANDAKAN, SABAH - RESTORAN DOVIST | Makan-makannnn, makan di mana?...Makan di Sandakan..hehehe itulah ayat dan bibit lagu IGs story Sis ko tiap kali berhenti makan di Sandakan hahahaha. Geng-geng yang lain melayankan aje.

Bab makan memang Sis ko suka, arghhh lupakan dietmu seketika, kita enjoy the makanan dan happy tummy aje. Esok-esok kan boleh diet hahahaha. Senang cakap, selagi ada di Sandakan, korang jangan diet, rugi wooo, takkan nengok aje kan hehehe.

Cakap makan di Sandakan ni, apa yang best ek nak makan di sini, kadang tertanya juga. Rata-rata kata makan seafoodlah yang best dan murah, tapi...apakah benar ada seafood? atau sekadar nama aje restoran seafood, tapi takde seafood?

Yaaa ayuh kita lihat!

Restoran pertama pada hari pertama yang kami di bawa makan sebelum check-in di Tabin Wildlife Resort ialah Restoran Dovist yang terletak di Lorong Fajar 4, 91100 Lahad Datu, Sabah, Malaysia. Kalau dari airport hanya amik masa tak sampai pun 20 minit untuk ke restoran ni. Masing-masing perut memang dah lapar, makanya sempatkan aje telan ayaq liur buat masa itu hehehe.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/09/menginap-di-dalam-hutan-tabin-wildlife.html

Dalam kepala dah terbayang macam-macam menu dah, tertanya-tanya apalah yang akan di hidangkan ek hehehe. Dan ternyata bukan seafood, hanya menu makan tengah hari yang biasa di sajikan di restoran makan. Tak kisahlah janji sedap!

kalau dah lapar, ko hidang daging gajah pun Sis ko telan hahahahaha 😆

UncleHong in action. Camera eat first.
Ni menunya namanya 4 Seasons Beans. Sebab ada 4 jenis kekacang dalamnya. 
Ini pula namanya Sweet Sour Fish Filled. Eh yang ni sedap!
Menu yang ni tak payah cakap laaa, korang kenal kan, Chicken Lemon. 
Bubur Jagung yang sedap, sebab di hidangkan panas-panas. Sis ko bedal 2 mangkuk hehehehe
I Lioke! Sana sini makan ada betik..Sandakan kaya dengan buah betik!


Restoran ini dibuka setiap hari antara jam 6am - 11pm. Dan set yang kitaorang makan tu harganya hanya RM 26.50 seorang sahaja.

Berbaloi tak? Yerr berbaloi sebab sedap! Orang Sandakan sudah cubakah?..

NO Pork NO Lard .

Dovist Restaurant 

Alamat : 
MDLD 3811, Lot73
Fajar Centre, Lahad Datu,  Sabah

Kalau korang nak lihat lebih banyak gambar dan aktiviti kami semua sepanjang pengembaraan kami di Sabah, korang bolehlah klik hashtag di IG dan FB seperti #TourismMalaysia, #MalaysiaTrulyAsia, #cuticutimalaysia, #vm2020, #CutiCutiMalaysia, #VM2020 #GoSabahExperienceMore #SabahOkBah #SyiokOSabah #MalaysianHospitality and #MasWingsMates ya.

Dan kami juga nak mengucapkan terima kasih, kerana pengembaraan media ini dianjurkan dengan kerjasama Malaysia Airlines, MASwings, Sabah Tourism Board, Sandakan Tourist Association, Myne Resort Kinabatangan dan Tabin Wildlife Resort.


P/S: Nanti nak cuba resepi 4 seasons beans tu. Ada kacang bendi, buncis, panjang dan juga botol. Nice kan?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.