Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4485

MY MOM FIGHT BREAST CANCER

Assalamualaikum wbt..


MY MOM FIGHT BREAST CANCER - Part One.

Selamat pagi buat semua, moga harini lebih baik dari semalam. Harini Sis dengan daya kekuatan diri untuk menaip entri ini untuk berkongsi dan bercerita keadaan Emak Sis sekarang.
Emas Sis telah di sahkan kanser payudara tahap 3 baru-baru ni. Bulan 2 tahun ini baru Emak Sis pergi medical checkup sepenuhnya di HSI JB untuk mengesahkannya.
Awal sebelum itu, Emak takde mengadu apa-apa, cuma pernah kata kat Sis, macam ada ketulan di payudaranya tapi Emak juga sendiri kata, mungkin kelenjar. Sebab sekejap sakit sekejap tidak. Jadi Sis diamkan aje, cuma kata, cuba Emak tuam, kot nanti hilang. Sebab tidak terlintas di fikiran hingga fikir ianya ketulan Kanser. Kemudian cerita habis di situ, Emak takde mengadu apa-apa lagi. Emak sihat macam biasa.

Hari berganti hari, kemudian tu, Emak mengadu pada Adik Sis yang duduk bersamanya, katanya payudara dia sakit. Kadang sampai demam, Bila nak di ajak ke Klinik, taknak pulak Emaknya. Makan ubat hilang. Kami adik beradik ikutkan aja. Dan setelah lama kemudian tu, Emak dah tak tahan sakit, mengadu lagi dan Emak tunjuk pada Adik keadaan payudaranya, barulah Adik bagitau kami semua, mungkin payudara Emak tu macam Kanser. Tapi tak tahulah nak kata sebab Emak taknak pergi Klinik. Pujuk demi pujuk akhirnya Emak serah diri juga ke HSI JB untuk buat pemeriksaan. 

Pada awalnya masa jumpa Doktor Pakar tu, bila Doktor tengok saja keadaan payudara Emak terus kata kemungkinan Kanser, tapi tidak sah lagi sehingga ujian dan sample di ambil. Satu persatu prosedur dan pemeiksaan di jalankan. Keadaan Emak macam biasa, sihat seperti biasa, cuma emosi tu sedikit terganggu bila Doktor kata kemungkinan Kanser. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Hanya Emak sahaja yang merasai kesakitannya. Kami adik beradik hanya mampu bagi Emak kata semangat dan jangan putus asa. 

Dan setelah hampir dua minggu kemudian, ujian makmal keluar, akhirnya SAH Emak di sahkan Kanser payudara tahap 3. Menangis Emak ketika itu. Dapat rasa kesedihannya tapi Sis ni jenis memang menahan diri. Taknak tunjuk kita ni sedih dan menangis depannya. Banyak aje berdoa untuk Emak. Nanti dia tengok anak-anak sedih, Emak lagi tambah sedih. Jadi Sis diamkan aje. Emak redha dengan keputusannya. Dan kemudian Doktor pakar dah terangkan apa yang perlu di buat selepas ni. Dah tentunya kena jalani rawatan Kimoterapi dan juga kemungkinan akan di bedah juga, Tapi sebelum itu, Doktor nak amik juga sample untuk payudara sebelahnya lagi, bagi mengesahkan Kanser tu tidak merebak pada sebelahnya dan juga seluruh badan. Jadi kena jalani CT Scan semua.

Temujanji semua dah di buat. Temujanji Ct Scan, temujanji Kimoterapi. Semua dah settle. Menunggu harinya sahaja. Emak emosi kadang okay kadang tak okay kata Adik. Adiklah yang banyak bersabar dengan karenah keadaan Emak sebab Adik duduk bersama Emak. Dugaan buat kami semua Adik beradik. Kami semua 4 orang perempuan, takde adik lelaki. Jadi faham-faham ajelah kalau dah anak perempuan ni, masing-masing ada tanggungjawab masing-masing. Kena bertolak ansur sesama sendiri. 

Dua minggu lepas, Emak jalani ujian Ct scan. Itupun berapa kali nak buat asyik kansel aje, sebab ujian darah Emak tak elok. Keluar masuk hospital aje Emak masuk air. Dan bila dah keluar keputusan ct scan tu, lain pulak halnya. Menurut kata Doktor, kanser Emak dah merebak, sekarang Kanser Emak dah tahap 4. Harapan tu susah nak kata (kata Doktor), tapi kita usaha, selagi daya ketahan badan tu ada, teruskan jalani kimoterapi. Jangan fikir mati, kalau nak mati, bila-bila bole mati. Betul tak kawan-kawan? .

Emak Sis ni kadang banyak sangat dengar cakap orang. Yang orang pulak bercakap seolah menakutkan dia. Doktor dah pesan jangan dengar cakap orang. Rawatan kimoterapi tu pun, lain orang lain rasanya. Semua tak sama. Jadi kami adik beradik banyak bagitau Emak, jangan fikir cakap orang. Kuatkan diri dan kosongkan minda, jangan fikir nak mati aja. Biasalah orang tua ni kan, kalau sakit aje tak lain di sebut, mati aje hu hu hu.

Dan semalam, alhamdulilah Emak Sis selamat jalani kimoterapinya yang pertama.
Okay yang tu nanti Sis kongsikan lagi ya.
Bersambung part two pulak ya.. 


Memomohonkan doa untuk orang sakit supaya cepat sembuh ialah sesuatu yang sangat dianjurkan bagi seorang muslim. Bukan hanya untuk keluarga, kerabat, sahabat terdekat dan orang-orang yang kita kenal, akan tetapi untuk semua muslim yang kita ketahui.
Dengan mendoakan kesembuhannya, kita juga sudah melakukan amal sholeh yang insya Allah bernilai pahala. Namun, doa yang diucapkan untuk kesembuhannya haruslah merupakan doa yang tulus dan dengan niatan yang baik pula.

Doakan Emak Sis ya!! 






P/S: Ada sesiapa yang ada tips pemakanan untuk orang kanser ? Sila share di komen ya ..



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4485

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Love Quotes Tagalog


EASY COME, EASY GO


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE